fbpx

Zionis guna video pengurusan jenazah Malaysia fitnah Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video pengurusan jenazah yang diadakan di Malaysia namun digunakan sebagai fitnah oleh Zionis terhadap umat Palestin.

PETALING JAYA – Usaha Zionis Israel yang licik dalam menyebarkan fitnah terhadap umat Palestin sekali lagi digagalkan oleh netizen Malaysia.

Ia ekoran ciapan dan video yang dimuat naik oleh sebuah akaun Zionis di aplikasi X, telah menuduh bahawa umat di Palestin hanya ‘berlakon’ mati sahaja.

Hakikatnya, video yang dimuat naik itu adalah kursus pengurusan jenazah yang dilakukan di Malaysia.

Rakaman tersebut memaparkan beberapa jenazah dibaringkan dalam masjid dimana salah seorang sukarelawan membuka mata pada penghujung video.

Susulan itu, fitnah yang dilemparkan oleh Zionis Israel terhadap umat Palestin mendapat kritikan hebat dan dianggap hanya agenda untuk memburukkan penduduk Gaza yang syahid.

“Ini adalah dari kursus bagaimana menguruskan mayat di Malaysia. Orang dalam video ini mengajar cara menguruskan mayat.

“Boleh lihat lelaki berbaju merah jambu memegang mikrofon. Zionis kalah dalam pertempuran naratif di seluruh dunia kemudian mereka keluar dengan sesuatu seperti ini,” komen Faisal Rahim.

Ada juga pengguna yang menyifatkan Zionis sudah ketandusan idea untuk memenangis perang media sehingga membuat fitnah tidak masuk akal begini.

“Dah kehabisan idea agaknya Zionis dan konco-konconya. Semua diambilnya semata-mata nak jatuhkan maruah Palestin,” komen Arni.

Bukan itu sahaja, beberapa pengguna media sosial daripada negara-negara lain juga turut mengecam tindakan akaun Zionis tersebut.

“Video ini bukan daripada Gaza. Lihat lelaki Asia di dalam video tersebut. Mungkin terjadi di negara Asia. Nampak seperti memang dilakonkan bukannya realiti,” komen UTD Hurt. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI