fbpx

[VIDEO] Konflik Palestin-Israel: Jurugambar hilang 4 anak sekelip mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammed Alaloul, tidak dapat menahan kesedihan apabila empat anaknya terkorban dalam satu serangan di di kem pelarian Al-Maghazi semalam.

PETALING JAYA – Kekejaman rejim Zionis Israel dalam membunuh nyawa tidak berdosa terus dikutuk apabila empat anak lelaki seorang wartawan foto terkorban dalam serangan di kem pelarian Al-Maghazi semalam.

Memetik laporan NBC News, Mohammed Alaloul adalah seorang jurugambar yang bertugas untuk perkhidmatan berita yang dikendalikan oleh agensi di Turki.

Ketika kejadian tersebut, Mohammed Alaloul mengetahui pembunuhan itu ketika sedang menatap berita di skrin telefonnya.

Menerusi beberapa video yang tular hari ini di media sosial, kelihatan Mohammed Alaloul tidak dapat menahan kesedihan ketika membawa jasad anak-anaknya memasuki Hospital Al Quds.

Tiga daripada empat anaknya yang terkorban berusia empat tahun manakala seorang lagi berusia 13 tahun.

“Hari ini saya hilang empat orang anak saya dan hanya tinggal seorang sahaja.

“Saya nak berikan adik perempuan untuk satu-satunya anak perempuan saya yang terkorban. Tetapi saya kehilangan dia hari ini,” katanya ketika ditemubual oleh sebuah media tempatan.

Isteri Mohammed Alaloul, Amnah, dan anak bongsunya, Adam, 1, terselamat dalam serangan udara tersebut dan sedang dirawat di Hospital Al-Aqsa kerana berada dalam keadaan kritikal.

Menerusi statistik Kementerian Kesihatan Palestin, setakat pukul 12 tengah malam hari ini, seramai 9,770 mati syahid dan 24,808 cedera.

Siasatan awal Jawatankuasa Perlindungan Wartawan (CPJ) pula setakat kelmarin melaporkan, sekurang-kurangnya 36 wartawan dan pekerja media adalah antara dianggarkan 11,000 terbunuh sejak perang bermula 7 Oktober lalu.

Terdahulu, Hamas melakukan serangan mengejut terhadap Israel termasuk serangan roket bertubi-tubi dan penyusupan ke Israel melalui darat, laut dan udara pada hari sambutan perayaan Yahudi.

Hamas berkata, operasi itu sebagai tindakan balas terhadap pencerobohan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur dan keganasan peneroka haram Yahudi yang semakin meningkat terhadap rakyat Palestin.

Rejim Israel kemudian melancarkan Operasi Pedang Besi terhadap sasaran Hamas di Semenanjung Gaza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI