fbpx

Penyewa mental tinggal rumah kotor, rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah sewa yang ditinggalkan oleh penyewa menyebabkan pemilik terpaksa menanggungg kerugian yang tinggi.

PETALING JAYA – Bukan sahaja rumah kotor dan rosak malah sepasang suami isteri terduduk apabila terpaksa menanggung kerugian lebih RM6,000 akibat tindakan penyewa ‘mental’.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh anak pasangan tersebut, Abdul Latif Ab Razak di akaun Facebooknya, rumah sewa kedua ibu bapanya itu terletak di Taman Cempaka, Ipoh.

Di dalam hantaran tersebut, beberapa keping gambar dimuat naik memaparkan keadaan rumah yang bukan sahaja kotor dengan sampah-sarap malah kebanyakan peralatan juga musnah.

Katanya, kos membersih, tunggakan sewa, hutang bil api dan air dan baikpulih kerosakan mencecah RM6,000 menyamai nilai sewaan selama setahun.

“Kesian mak ayah aku kena hadap penyewa mental macam ini. Punya strategik kawasan ni. Dia nak apa kemudahan semua berhampiran sahaja.

“Tapi dah tertulis ujian kami sekeluarga selalu dapat penyewa begini. Bukan sekali dua berlaku. Dari sepatutnya raih pendapatan pasif tapi jadi sebaliknya,” tulisnya.

Tambahnya, dia menyarankan agar orang ramai yang ingin menjana pendapatan pasif menerusi rumah sewa untuk melantik perunding hartanah bagi memastikan penyewa mematuhi undang-undang.

“Tak semudah ABC nak raih pendapatan melalui rumah sewa. Melantik perunding hartanah adalah menjadi kewajipan pada setiap pemilik aset.

“Lepas ni kena letak tepi dah bab kesian kat orang lain. Kita baca konon nak mudahkan urusan mereka yang sedang dalam kesulitan.

“Biarlah lebih bertegas. Jangan naif sangat. Nak masuk sewa rumah kena ikut undang-undang. Deposit, perjanjian dan buturan lengkap penyewa semua kena ada. Sebab bila jadi mcm ini siapa nak kesian dekat kita,” luahnya.

Sehingga kini, hantaran tersebut mendapat 1,000 tanda suka dan 1,574 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI