fbpx

Pengasas bersama I-Serve ditahan di KLIA2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis menahan dua suspek berkait syarikat i-Serve Payment Gateway Sdn Bhd (i-Serve) serta pengasas bersamanya, awal pagi tadi.

Tangkapan tersebut dibuat di Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dan sebuah kondominium di Sentul kira-kira pukul 3.30 pagi hingga 4.15 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, suspek pertama dipercayai mempunyai kaitan dengan syarikat pelaburan itu selain hubungan bersama pengasas bersamanya yang merupakan suspek utama, 57, bergelar Datuk.

“Hasil soal siasat awal mendapati lelaki berusia 58 tahun itu mula berkenalan dan berkawan dengan pengasas sebuah syarikat penerbangan tambang murah pada 1995 serta mengakui menubuhkan syarikat I-Serve Payment Gateway Sdn Bhd pada 2019.

“Suspek juga mengaku berperanan sebagai pengarah di tiga anak syarikat di bawah syarikat berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Ramli memaklumkan, dipandu arah oleh lelaki berkenaan, pihak polis menahan seorang suspek wanita berusia 57 tahun dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Sentul di sini, pukul 4.15 pagi tadi.

Ramli berkata, pasukan serbuan turut merampas telefon bimbit dan pasport kedua-dua suspek serta kereta jenis Mercedes milik suspek kedua.

“Soal siasat suspek kedua mendapati dia pekerja swasta di sebuah syarikat insurans dan tidak mengaku pembabitannya dalam kes yang sedang disiasat,” katanya.

Jelas Ramli, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini, pada pagi ini untuk permohonan reman.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ ditahan bersama isteri dan anaknya mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 bagi membantu siasatan.

Siasatan lanjut mendapati syarikat pelaburan i-Serve beroperasi tanpa mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Susulan itu, polis dilapor sudah menerima 67 laporan berkaitan pelaburan i-Serve membabitkan jumlah kerugian lebih RM81.6 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI