fbpx

Pemandu maut, lima cedera kereta kemalangan dengan lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang mengeluarkan pemandu kereta yang tersepit dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Kilometer 436.8 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Utara, Hulu Selangor, hari ini.

HULU SELANGOR – Seorang lelaki maut, manakala lima lagi cedera dalam nahas melibatkan sebuah kereta dan lori di Kilometer 436.8 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Utara, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu sekitar pukul 10.04 pagi.

Katanya, seramai 10 pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan membabitkan sebuah kereta Mazda 3 dan sebuah lori satu tan.

“Terdapat seorang lelaki tersepit di tempat duduk pemandu. Anggota bomba kemudian bertindak memotong pintu kereta itu menggunakan peralatan hidraulik sehingga mangsa berjaya dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, menurut Mukhlis, pemandu Mazda 3 itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Lima mangsa dalam lori satu tan berjaya keluar sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

“Empat daripada mereka mengalami luka manakala seorang lagi sakit di bahagian dada telah dibawa ke hospital dengan menggunakan kenderaan awam,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI