fbpx

Luton parkir bas, Liverpool kempunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIAZ (kiri) menyelamatkan maruah Liverpool daripada diaibkan Luton apabila seri 1-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Kenilworth Road awal pagi tadi. - AFP

LONDON – Pengkritik bola sepak dan legenda Liverpool, Jamie Carragher mengakui pasukan itu tidak mampu untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris kecuali dengan menyelesaikan dua kelemahan utama.

Awal pagi tadi menyaksikan skuad kendalian Jurgen Klopp itu sekadar terikat 1-1 menentang pendatang baharu EPL, Luton Town biarpun perlawanan itu dianggap mudah dan tidak mendatangkan masalah buat The Reds meraih tiga mata penuh.

Dalam aksi di Kenilworth Road itu, Luton terlebih dahulu merakam jaringan menerusi Tahith Chong pada minit ke-80 sebelum Luis Diaz yang turun membuat penampilan sensasi, meledak gol penyamaan buat Liverpool di penghujung perlawanan.

Menurut Carragher, pasukan itu perlu menggunakan kesempatan pada jendela perpindahan Januari ini untuk mendapatkan pemain di posisi pertahanan dan tengah bertahan bagi mengubah nasib mereka musim ini.

Jelasnya, dua posisi berkenaan cukup getir buat Liverpool kerana mereka gagal menyekat serangan pantas pasukan lawan ekoran tidak memiliki pemain yang benar-benar berkredibiliti di bahagian berkenaan.

“Saya fikir 18 bulan lalu Liverpool lebih baik berbanding ketika ini. Mereka masih gagal menyaingi Manchester City dari aspek menyekat serangan balas pantas,” katanya.

Biarpun berjaya mendapatkan khidmat Alexis Mac Allister untuk diletakkan di posisi tengah bertahan selepas kehilangan Fabinho, namun pemain itu masih jauh untuk mencapai jangkaan yang diharapkan.

Menurut Carragher, Mac Allister sentiasa berdepan kesukaran untuk melakukan tugas bertahan dan percaya ia bukanlah posisi yang sesuai untuknya.

Dalam pada itu, Liverpool turut digesa untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan baharu untuk mengukuhkan benteng kerana ia mampu memberikan pilihan buat Klopp meletakkan Trent Alexander-Arnold di posisi pemain tengah bertahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI