fbpx

Konflik Palestin-Israel: Juruterbang Jordan sabung nyawa gugurkan bekalan di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan Raja Abdullah di platform X menunjukkan bantuan perubatan sedang diisi di dalam pesawat sebelum dihantar ke Gaza. – X

BANDAR GAZA – Tentera Udara Diraja Jordan (RJAF) mengumumkan bahawa anggota pasukan tersebut menghantar bekalan perubatan ke sebuah hospital di Semenanjug Gaza awal hari ini menggunakan payung terjun, lapor akhbar Palestine Chronicle.

Berita tersebut sebelumnya dilaporkan oleh agensi berita Jordan, Petra dan disahkan oleh kerajaan negara itu menerusi platform X.

“Pesawat Tentera Udara Diraja Jordan (RJAF) pada Isnin (hari ini) menghantar bantuan perubatan segera menggunakan payung terjun ke hospital lapangan Jordan di Gaza. Kemudahan tersebut sudah hampir kehabisan bekalan akibat kelewatan penghantaran bantuan ke Semenanjung Gaza melalui Lintasan Rafah,” lapor Petra.

Agensi itu memetik sumber Tentera Angkatan Bersenjata Jordan (JAF) sebagai berkata, langkah tersebut diambil sebagai kesinambungan usaha Jordan untuk menyokong penduduk Palestin berikutan perang di Semenanjung Gaza.

Ketika mengumumkan perkara itu, Raja Jordan, Raja Abdullah menerusi kenyataan di X berkata, negara tersebut akan berdiri kukuh bersama saudara Islam di Palestin.

Setakat ini, tiada sebarang pengesahan daripada pihak pentadbiran di Gaza mengenai sama ada bantuan tersebut telah selamat tiba atau sebaliknya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI