fbpx

Kapak 200,000 tahun ditemui di Al-Ula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapak tangan itu diperbuat daripada basalt lembut. - SPA

RIYADH, Arab Saudi – Sekumpulan ahli arkeologi menemui sebilah kapak tangan berusia 200,000 tahun ketika melakukan penggalian di selatan kota Al-Ula, lapor akhbar Arab News semalam.

Kumpulan diketuai Dr. Can dan Gizem Aksoy daripada sebuah syarikat perunding warisan, TEOS Heritage itu berada di Qarah untuk mendapatkan bukti kehidupan manusia purba di kawasan itu.

Qarah merupakan salah satu kawasan kediaman penting di Semenanjung Arab pada abad pertama tamadun Islam serta memiliki banyak tapak bersejarah dan penting dari sudut arkeologi.

Kapak sepanjang 51 sentimeter (sm) itu diperbuat daripada basalt lembut dengan setiap bahagian sisinya ditajamkan. Ia dipercaya dihasilkan pada Zaman Paleolitik yang berakhir kira-kira 10,000 tahun lalu.

Pasukan itu telah menemui lebih 12 alat batu serupa di kawasan itu dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara ia dibuat serta digunakan.

Suruhanjaya Diraja untuk Al-Ula yang mengerahkan TEOS Heritage ke kawasan itu kini menyelia 11 projek arkeologi lain di seluruh Al-Ula dan Khaybar. 

Projek itu merupakan sebagian daripada rancangan lebih meluas untuk membangunkan rantau tersebut sebagai tapak warisan budaya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI