fbpx

Isu Palestin bukan bahan untuk dipolitikkan – Anwar Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada MDX 2023 Grand Finale di MITEC, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Penderitaan dan kesengsaraan yang dihadapi oleh jutaan rakyat Palestin akibat kekejaman rejim Zionis ketika ini tidak seharusnya menjadi bahan politik oleh mana-mana pihak.

Ini kerana kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah tidak wajar bagi sesetengah kumpulan menggunakan konflik Palestin-Israel sebagai bahan politik sehingga mewujudkan perasaan tidak senang.

Malah katanya, ketika ini kerajaan sedang mengambil beberapa pendekatan dan penetapan dalam konflik yang terjadi di dua negara bergolak tersebut.

“Saya tidak fikir wajar untuk (isu ini) terlalu dipolitikkan dan cerca, maki hamun. Orang mati, rumah (serta) kawasan hancur. Tak usahlah jadikan isu ini (sebagai) isu politik.

“Sebab itu saya kata, jangan sesekali cuba membina mahligai atas pusara. Jadi satu peringatan kepada semua, buat kerja. Cari derma, bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Ekspo Digital Malaysia (MDX) 2023 Grand Finale di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Tambun berkata, beliau tetap menjalankan tugasnya sebagai pemimpin negara untuk merunding membawa dan menghantar bantuan ke Palestin.

“Kerja saya bercakap dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi (untuk) percepatkan, Alhamdulilah Malaysia di antara negara yang paling cepat dapat kelulusan pesawat dan juga ke sempadan Rafah.

“Jadi saya harap perkara ini difahami, mungkin ada segelintir kecil orang yang kerjanya ‘menyesatkan’ dari segi perkembangan politik.

“Orang meninggal dan kita lihat itu sangat-sangat memprihatinkan tetapi masih ada juga tak buat kerja apa, kutip derma pun tidak ada, duit simpati pun tiada. Kerjanya begitu sahaja,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI