fbpx

‘Ini Amir reka bukannya Amerika’ – Amir Raja Lawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir menegaskan nama perniagaan air jagungnya itu tidak terlibat dengan negara Amerika.

PETALING JAYA – Pelawak, Amir Raja Lawak tampil memberi penjelasan terhadap tuduhan tidak berasas seorang pengguna laman sosial yang ‘tersalah’ memboikot perniagaan air jagungnya kerana disangkakan mempunyai kaitan dengan negara Amerika.

Amir Raja Lawak atau nama sebenarnya, Mohammad Amirullah Azmi, 34, memuat naik satu hantaran di laman sosial menerangkan kepada seluruh warga Malaysia berkenaan isu tersebut.

Katanya, perniagaannya ‘Air Jagung Amirreka’ itu sama sekali tidak mempunyai hubungan dengan negara Amerika.

“Ya Allah, dah terang-terang saya ni ‘Amirreka’ bermaksud Amir reka ataupun Amir yang reka. Air jagung Amirreka ni dah tentu maksudnya air jagung amir yang reka,” balasnya di ruangan komen tuduhan tersebut.

Anak kelahiran Kubang Kerian, Kelantan ini meminta orang ramai untuk membezakan dengan sebetulnya kerana salah faham sebegitu dapat menjejaskan perniagaannya.

“Saya ‘Amir Reka’ bukannya Amerika. Mohon bezakan baik-baik ya. Saya mohon maaf jika ada yang keliru. Saya harap dengan penjelasan saya di komen semua jelaslah ya.

“Saya ini ada ejen dan mereka (ejen-ejen) juga cari rezeki. Kasihan ejen-ejen saya kalau perniagaan saya terjejas disebabkan benda-benda begini,” jelasnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata orang ramai tercuit hati melihat ‘tuduhan’ sebegitu sempat menyelit di laman Facebook perniagaan Air Jagung Amirreka.

“Layankan saja Mir. Dia tak pernah beli pun, dia cuba minta segelas dualah tu,” seloroh Mohsin Hazri.

“Sabarlah mir. Memang ada orang jenis macam itu seorang dua dalam dunia ini. Rezeki milik Allah, yakin jelah. Semoga berjaya selalu,” komen Saiful Azman.

Seorang lagi pengguna laman sosial, Amir Jebat berkata dia sudah boleh menjangka isu ini akan timbul akhirnya dan memang dalam ramai-ramai, akan ada jenis yang begini.

“Boikot semberono je. Apa bendalah, sabar ya Mir,” komen Rahman Ho Wai Khit.

Terdahulu, Kosmo! pernah melaporkan mengenai salah satu lagi sumber rezeki Amir adalah dengan menjual air minuman di tepi jalanan secara kecil-kecilan dengan jenama, Air Jagung Amirreka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI