fbpx

Duda tumbuk, tendang anak didakwa miliki parang tanpa tujuan sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Zairi (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini atas pertuduhan memiliki sebilah parang. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

KUALA KANGSAR – Seorang lelaki yang ditahan kerana menumbuk dan menendang anak kandungnya di Gerik minggu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki sebilah parang.

Tertuduh, Mohamad Zairi Mohamad, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki yang juga duda itu didakwa memiliki sebilah parang berhulu plastik berwarna merah tanpa maksud yang sah di tepi jalan Kampung Perah, Gerik pada pukul 3.45 petang, 30 Oktober 2023.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Firdaus Nor Azlan manakala tertuduh yang bekerja kampung itu tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Muhammad Firdaus tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dan memohon tarikh sebutan semula untuk lantikan peguam.

Mahkamah yang tidak menetapkan wang jaminan itu kemudian menetapkan 6 Disember depan untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam tertuduh.

Menerusi laporan media pada 30 Oktober lalu, seorang lelaki diberkas selepas polis menerima laporan dibuat ahli keluarga lelaki itu berkaitan tindakan tertuduh memukul anak kandungnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI