fbpx

Dewan Rakyat: Saya minta dua-dua keluar minum kopi – Speaker

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Misbahul (PN-Parit Buntar) dan Mohd. Sany (PH-Hulu Langat) diarah keluar Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR – Dua Ahli Parlimen masin-masing Mohd. Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) dan Mohd. Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) diarahkan keluar Dewan Rakyat hari ini.

Ia berikutan kekecohan yang berlaku antara mereka berhubung dakwaan isu guru diugut kerana menyokong pembangkang.

“Saya minta dua-dua keluar pergi minum kopi. Hari ini sahaja esok masuk semula,” kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Kekecohan berlaku ekoran dakwaan Mohd. Misbahul ketika sesi perbahasan konon guru diugut kerana menyokong parti pembangkang pada pilihan raya.

Mohd. Sany mencelah dengan menegaskan guru tidak boleh berpolitik di sekolah, namun tiada halangan berbuat demikian di luar tugas.

Mohd. Misbahul seterusnya menyebut tentang pelajar sekolah agama dihalang daripada melaungkan takbir dan doa Qunut Nazilah.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil bangun mencelah dengan menyatakan dakwaan itu tidak betul dah beberapa Ahli Parlimen PH turut membantah kenyataan Mohd. Misbahul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI