fbpx

Dewan Rakyat: ‘Saya beri jawapan minggu ini, insya-Allah percayalah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – “Saya dah dapat semua usul dan jawapan dan saya akan beri keputusan dalam dua, tiga hari lagi. Insya-Allah. Percayalah”.

Demikian respons Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul terhadap pertanyaan beberapa Ahli Parlimen mengenai usul berkait tuduhan Yahudi dan Zionis dalam Dewan Rakyat.

Terdahulu, Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) bertanyakan tentang usul beliau mengenai Minggu Solidariti Palestin di sekolah yang didakwa tidak dijawab oleh Menteri Pendidikan.

Beliau mendakwa seramai tiga Ahli Parlimen dan sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) memprotes Minggu Solidariti Palestin.

Kemudian Khoo Poay Tiong (Kota Melaka-PH) bangun bertanyakan usul beliau terhadap Shahidan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana menuduhnya sebagai Yahudi.

“Saya tak sebut kat dia. Jangan dia perasan sangat. Kenapa hari tu tak bawa (usul). Ini dah beberapa hari balik termimpi ke apa.

“Saya tak pernah sebut Kota Melaka Yahudi. saya sebut Yahudi secara umum… kepada dunia,” kata Shahidan ketika bangun mencelah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI