fbpx

Dewan Rakyat: Isu panas Ahli Parlimen kaki `ponteng’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Isu berkenaan Ahli Parlimen yang ‘ponteng’ persidangan Dewan Rakyat tanpa sebab yang munasabah menjadi perdebatan hangat di Parlimen hari ini.

Ia susulan cadangan Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk memaparkan nama wakil rakyat yang sengaja tidak hadir persidangan di laman web Parlimen.

Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, Yang Dipertua Dewan Rakyat perlu meneliti semula perkara itu.

“Kehadiran ini subjektif kerana Ahli-ahli Parlimen duduk satu minit keluar dan pulang juga dikira sebagai hadir dalam dewan. Bagaimana anda menafsirkan kehadiran ini?

“Apabila Speaker buat kenyataan di luar dan isu ini jadi panas, kita Ahli Parlimen dilihat sebagai ponteng Parlimen tanpa sebab.

“Anda mahu lihat 222 ahli Parlimen duduk sini? Tidak, ini tidak akan berlaku. Saya setuju ahli Parlimen mesti hadir, tetapi melihat, hukum dan malukan mereka bukan tindakan yang baik mengangkat martabat Parlimen,” katanya.

Abdul Johari bagaimanapun menjelaskan, beliau tidak berniat untuk memalukan atau menjatuhkan martabat mana-mana Ahli Parlimen dengan cadangan tersebut.

Beliau berkata, setiap Ahli Parlimen sememangnya mempunyai komitmen masing-masing dan tidak semestinya berada hadir ke Parlimen.

“Tidak semestinya semua Ahli Parlimen harus ada kerana mereka ada tugas lain. Apa juga cadangan dibawa ke jawatankuasa peraturan mesyuarat. Saya tidak bermaksud memalukan,” katanya.

Keadaan menjadi sedikit tegang apabila Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin memetik nama Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa kerap tidak hadir.

Ahli Parlimen Pendang, Awang Solahuddin Hashim tidak berpuas dengan kenyataan tersebut dan bangun mencelah dengan menyatakan itu merupakan sangkaan jahat yang perlu ditarik balik.

Tze Tzin kemudian menarik balik kenyataannya selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat memintanya berbuat demikian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI