fbpx

Dewan Rakyat: Belum ada perbincangan tol percuma Deepavali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Belum ada perbincangan dibuat oleh kerajaan berhubung pelepasan bayaran tol lebuh raya sempena perayaan Deepavali tahun ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya (KKR), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, beliau namun menyokong cadangan pelepasan bayaran tol tersebut.

“Setakat ini belum ada perbincangan lagi. Kalau ada pengumuman, Kementerian Kewangan (MOF) akan membuat pengumuman tersebut dibawah KKR. Kita dapat kelulusan MOF, baru KKR akan umumkan.

“Tapi saya sokong apa (Ahli Parlimen) Jelutong (RSN Rayer) katanya, namun terpulang kepada MOF.

“Depan saya ada sahabat MOF (Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan) dia tengah mencatit saya tengok,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan RSN Rayer sama ada kerajaan akan mengumumkan pelepasan bayaran tol sempena perayaan Deepavali tahun ini.

Terdahulu, Abdul Rahman berkata, trend di Malaysia apabila ada cuti bercantum pasti masyarakat mengambil kesempatan pulang ke kampung masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI