fbpx

Cari watak dalam lagu – Ramli MS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMLI MS

SHAH ALAM – Ketua juri program All Stars Gegar Vaganza (GV10), Datuk Ramli MS yang bertanggungjawab memberi tugasan lagu buat peserta pada konsert minggu hadapan mengingatkan  barisan peserta supaya mencari watak masing-masing.

Ramli atau mesra disapa Tok Ram mahu semua peserta GV10 menjiwai setiap tugasan yang diberikan walaupun lagu itu sangat mencabar.

“Juri lain mahu berikan lagu Korea kepada Liza Hanim tetapi saya tahu dia boleh belajar kerana muziknya pop. Dia boleh buat macam ‘nasi ayam’.

“Watak dan jiwa dalam lagu yang tidak boleh belajar. Kena usaha keras sebab penghayatan akan lahir dalam lagu tersebut.

“Lagu Ayam untuk Liza Hanim saya rasa kelakar dan berbeza daripada watak dia. Saya bukan cari kelemahan tetapi mencari watak yang tiada dalam diri peserta,” katanya kepada Kosmo! Online usai konsert minggu ketujuh GV10, semalam.

Selain itu, maestro muzik terbabit berkata, dia tidak akan beri muka kepada peserta ketika membuat penilaian sebaliknya akan lebih tegas kerana GV10 sudah menjengah minggu kelapan.

“Saya akan nilai berdasarkan semua aspek termasuk vokal, watak dan jiwa.

“Lebih senang sebenarnya cuma mereka kena belajar watak. Minggu depan akan lebih meriah,” ujarnya.

Ditanya sekiranya peserta ingin mengubah susunan lagu, Ramli bagaimanapun tidak bersetuju kerana mahu peserta belajar watak dalam setiap lagu yang ditugaskan.

“Jangan tukar susunan lagu supaya mereka boleh menyelami dan belajar watak dalam lagu tersebut.

“Mereka dipaksa belajar karakter yang ada dalam lagu. Kalau pilih sendiri pun sebelum ini ada yang terkeluar.

“Saya mahu mereka belajar sesuatu selain dapat rasakan apa yang juri cuba sampaikan,” ujarnya.

Semalam, kesemua peserta mempamerkan riak terkejut mendapat tugasan lagu di luar kebiasaan mereka dan mencabar.

Menerusi konsert minggu kelapan yang berlangsung Ahad depan, Hady Mirza bakal membawakan lagu Gila Judi, Jaclyn Victor (Hatinya Tidak Tahan), Liza Hanim (Ayam), Naqiu (Kuda Hitam), Aliff Aziz (Cik Mek Molek) dan Tomok (Apa Dah Jadi).

Sementara itu, Siti Nordiana pula menjadi peserta tunggal ditugaskan untuk menyampaikan lagu bahasa Inggeris iaitu Baby One More Time selain Azharina dengan lagu Ya Maulai, Noryn Aziz (Kerana Pengalaman) dan Nikki Palikat (Semakin Rindu Semakin Asyik) – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI