fbpx

Bella Hadid berdendam dengan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MODEL antarabangsa Bella Hadid menyimpan dendam terhadap kekejaman Israel atas peristiwa penting yang berkaitan keluarganya.

MODEL terkenal Bella Hadid menyimpan rasa dendam terhadap kekejaman Israel gara-gara satu peristiwa penting yang berlaku membabitkan keluarganya.

Ujar model berketurunan Palestin itu, keluarganya pernah dihalau dari tanah air sendiri ketika peristiwa Nakba sekitar 1948.

Dalam peristiwa tersebut, bapanya yang masih kecil telah dihalau tentera Israel bersama keluarganya keluar dari wilayah Nazareth.

“Bapa saya masih bayi ketika itu. Dia sudah terpaksa merempat bersama datuk dan nenek saya selepas dihalau keluar oleh kekejaman tentera Zionis.

“Mereka terpaksa meninggalkan tanah air sendiri gara-gara kekejaman pihak Zionis,” ujarnya.

Mengenangkan kejadian  itu, Hadid menyimpan kebencian terhadap Israel yang menyebabkan keluarganya terpaksa meninggalkan negara sendiri. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI