PETALING JAYA – Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor ditutup menjadikan jumlah mangsa banjir setakat ini 569 orang membabitkan 150 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Selangor dalam kenyataan memaklumkan, PPS Dewan Serbaguna Camelia MBSJ, Putra Height ditutup selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing pukul 3 petang tadi.
Katanya, di Gombak, PPS Dewan Seroja Kampung Bendahara masih menempatkan lima mangsa daripada tiga keluarga setakat pukul 4 petang.
“Di Hulu Selangor, seramai 13 mangsa terdiri daripada 2 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Komuniti Taman Desar Hulu Yam Bharu.
“Di Hulu Langat pula, seramai 91 mangsa terdiri daripada 21 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Bangi dan Sekolah Kebangsaan Semenyih.
“Di Sepang, seramai 460 mangsa terdiri daripada 124 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, Dewan Orang Ramai Kampung Datuk Ahmad Razali, Dewan MPKK Kampung Jenderam Hilir dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil,” katanya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE.