fbpx

Banjir: KPWKM sudah siap sedia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy ketika sidang akhbar selepas merasmikan Program Jalinan KASIH KPWKM bersama NGO.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah bersedia menghadapi bencana banjir yang dijangka berlaku menjelang hujung tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya sentiasa dalam keadaan bersiap-sedia agar segala bentuk bantuan dapat diberikan kepada orang ramai dengan lancar.

“Kami sentiasa bersedia setiap masa, prosedur dan prosedur operasi standard (SOP) menghadapi banjir itu memang ada cuma kami harap tiada keadaan luar biasa. Jadi, persediaan dapat dilaksanakan dengan lancar,” katanya semasa sidang akhbar selepas merasmikan Program Jalinan KASIH KPWKM bersama NGO di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC) di sini hari ini.

Selain itu Nancy berkata, kementeriannya juga sentiasa terbuka menerima bantuan dari mana-mana sukarelawan mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kawasan yang ditimpa bencana itu.

“Kebiasaannya NGO tempatan akan tampil untuk bantu ketika bencana dan pihak kami sentiasa menerima sukarelawan,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan musim tengkujuh yang dikaitkan dengan banjir lazimnya berlaku dalam tempoh Monsun Timur Laut yang kebiasaannya bermula pertengahan bulan November hingga Mac tahun berikutnya.

Menurut MetMalaysia, ketika ini rantau negara lazimnya menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang menyebabkan berlaku ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI