fbpx

11 negeri dijangka hujan pagi ini 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan, hujan dijangka berlaku di 11 negeri pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, di Semenanjung, hujan diramal berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan.

“Selain itu, cuaca buruk turut dijangka berlaku di kawasan pantai Pulau Pinang.

“Manakala di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Kudat diramal hujan di satu dua tempat,” jelas MetMalaysia.

Tambahnya, kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu dan Limbang di Sarawak juga diramal cuaca buruk pagi ini.

“Bagi negeri Perlis, Kedah, Perak, Melaka dan Johor pula diramal tiada hujan berlaku,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI