fbpx

Wanita menangis teresak-esak lihat anak kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu memeluk erat anaknya ketika acara meminta restu. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi ibu kepada pengantin lelaki menangis teresak-esak ketika memeluk anaknya dalam sebuah majlis perkahwinan.

Laman berita Wolipop melaporkan, video kekecohan di majlis perkahwinan itu dimuat naik dalam akaun TikTok @momenthajatankampung. 

Ketika pengantin lelaki ingin meminta restu daripada kedua-dua ibu bapanya, ibunya dilihat memeluknya erat sambil menangis teresak-esak.

Seorang wanita berbaju biru kemudian cuba memujuk ibu pengantin lelaki supaya lebih tenang. Sementara itu, pengantin perempuan dilihat menggosok kaki ibu mentuanya.

Bapa pengantin lelaki kelihatan terkejut dan keliru dengan tindakan isterinya ketika kejadian.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Biasalah seorang ibu akan merasai seperti kehilangan anaknya, tidak akan seperti biasa (selepas berkahwin),” komen seorang netizen.

Wolipop telah menghubungi Firman Pena iaitu jurugambar yang memuat naik video itu.

“Semasa acara memohon restu ibu bapa pengantin perempuan, semuanya pada awalnya berjalan lancar. 

“Namun ketika diteruskan dengan ibu bapa pengantin lelaki, tiba-tiba wanita itu menangis kerana tidak bersedia ditinggalkan anaknya,” kata Firman. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI