fbpx

[VIDEO] Kompilasi kawad PLKN influencer curi perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan beberapa orang influencer melakukan kawad, di TikTok Aliessa Azman.

PETALING JAYA – Berita tentang pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 nampaknya masih belum reda selepas satu video latihan perbarisan kawad pempengaruh (influencer) menjadi tular di media sosial.

Video berdurasi 31 saat yang dimuat naik oleh Aliesa Azman di TikTok telah mendapat sebanyak 492,000 tontonan dan 41,000 tanda suka.

Video itu menampilkan kompilasi aksi kawad melibatkan tujuh pempengaruh iaitu Kieda Crepe, Azfar Heri, Imran Bard, Norreen, Shaf Naufas, Eima Safuan dan Daisey Gorgeous.

Semangat yang dipamerkan mereka dalam perbarisan itu berjaya mencuit hati netizen.

“Pening ketua platun kalau tengok aksi anak-anak buah macam ini gayanya,” komen Syafiqah J.

“Nasib baik remaja tahun 2007 sahaja yang masuk, kalau yang ini memang pecah perutlah,” tulis Yuharaa.

Sebelum ini, ada cadangan agar kerajaan untuk memilih pempengaruh terlebih dahulu untuk merasai pengalaman ke sesi baharu program tersebut.

Terdahulu, Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam kenyataannya, berkata hanya remaja yang lahir pada 2007, akan dipanggil menjalani PLKN 3.0 apabila ia dilaksanakan pada tahun hadapan. – KOSMO! ONLINE

@aliessaazman Replying to @EisYaL_eL Maaf, penghuluwati lambat sikit. Baru sampai tadi. . . Hmm lepasni nak suruh siapa pulak join plkn ni🤔 #plkn #plknmalaysia #fypシ #kawad ♬ original sound – Aliessa Azman

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI