fbpx

[VIDEO] “Kami tak boleh terima lagi, kami penat”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran Ambassador Majed Bamya Salman di aplikasi X menunjukkan Salman melaporkan kematian rakan sekerjanya.

PETALING JAYA – Laporan liputan kematian seorang wartawan penyiaran televisyen (TV) Palestin, Mohammad Abu Hattab bersama keluarganya dalam serangan udara yang dilakukan tentera Israel (IDF) di Gaza baru-baru ini disampaikan oleh rakan sekerjanya, Salman Al-Bashir menerusi siaran secara langsung.

Rakaman video klip yang dimuat naik oleh Ambassador Majed Bamya Salman di aplikasi X baru-baru ini, menerima tujuh juta tontonan.

Ketika Salman membuat laporan siaran langsung mengenai keadaan di Gaza, tiba-tiba dia menanggalkan alat pelindungnya yang bertanda ‘Media’.

“Mohammad berada di sini setengah jam yang lalu (melaporkan). Kini dia terbaring mati bersama keluarganya di hospital yang sama.

“Kami tak boleh terima lagi, kami ‘penat’. Kami menjadi mangsa. Perbezaan antara kami ialah waktu kematian. Satu demi satu terkorban dan tiada yang peduli mengenai kematian atau jenayah yang dihadapi penduduk Gaza,” katanya.

Menerusi video tersebut, Salman kelihatan seperti ‘pasrah’ dengan segala kekejaman yang berlaku di tanah Gaza itu.

“Tiada perlindungan untuk sesiapa atau apa-apa. Gear dan topi keledar ini tidak melindungi mana-mana wartawan, ia hanya slogan kosong. Kita adalah mangsa yang menunggu giliran untuk dibunuh,” keluhnya panjang.

Dapat dilihat juga penyampai berita di situ turut mengalirkan air mata mendengar keluhan Salman.

Untuk rekod, sekurang-kurangnya 46 wartawan Palestin telah terbunuh disebabkan serangan rejim Zionis sejak 2000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI