fbpx

[VIDEO] Tak dapat hadir konvokesyen Unisza, ahli keluarga dibunuh Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video ucapan Saber yang ditayangkan pada majlis Idul Ilmi Konvokesyen ke-15 UniSZA, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Seramai enam pelajar Palestin tersenarai untuk menerima skrol ijazah pada majlis Idul Ilmi Konvokesyen ke-15 Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini.

Begitupun, hanya seorang hadir, seorang menghantar kiriman video dari Palestin manakala status empat lagi tidak diketahui selepas mereka pulang ke negara bergolak itu pada tahun lalu.

Klip video dihantar Saber T.R. Syouri yang kini sedang berlindung di Tebing Barat, Palestin membuatkan ramai hadirin majlis konvokesyen itu sebak dan mengalirkan air mata keharuan.

Graduan ijazah Doktor Falsafah (PhD) Informatik dan Komputeran itu memberitahu, serangan regim Israel sejak 7 Oktober lalu telah mengorbankan isteri, anak lelaki dan anak perempuannya.

“Saya minta maaf, betul-betul minta maaf kerana tidak dapat berada di UniSZA pada hari ini kerana situasi di Palestin yang sangat berbahaya dan rumit.

“Pohon semua mendoakan keselamatan kami di Palestin. Terima kasih untuk semua, untuk Terengganu dan UniSZA atas segalanya-galanya,” katanya menerusi klip video berkenaan yang ditayangkan pada majlis Konvokesyen UniSZA ke-15 di sini hari ini.

Saber, 50, memberitahu, beliau telah pulang ke Palestin untuk bersama keluarga tercinta sebaik menamatkan pengajian di UniSZA pada Disember tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI