fbpx

Sultan Nazrin berangkat ke istiadat Ulang Tahun Hari Keputeraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin (tengah) berkenan memeriksa kawalan kehormat sempena istiadat Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH ISKANDAR

KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pagi ini berkenan memeriksa kawalan kehormatan sempena istiadat Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda di Istana Iskandariah di sini.

Istiadat Kawalan Kehormatan itu adalah sebahagian daripada aturcara sebelum Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia Serta Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67 Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Keberangkatan Sultan Nazrin di Istana Iskandariah di Bukit Chandan diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Sebanyak 21 das tembakan meriam dilepaskan oleh pasukan 41 Bateri Rejimen Altileri Diraja Istiadat yang berpangkalan di Kem Sungai Buluh, Selangor yang diketuai Leftenan Kolenal Mohd. Asri Che Will.

Bersempena Hari Keputeraan Sultan Nazrin kali ini, seramai 238 penerima telah mendapat perkenan baginda untuk dikurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat-pingat Negeri Perak.

Antara penerima ialah jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi dan Pakar Kardiologi dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr. Lee Boon Chye. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI