fbpx

Sharifah Rose tak tayang kekasih, takut cinta tak jadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKTRES Sharifah Rose lebih gemar menutup rapat kisah percintaan.

PETALING JAYA – Pelakon Sharifah Rose mengambil pendekatan menyembunyikan kekasih hati kerana enggan lagi mengulangi kesilapan lalu dalam soal percintaan.

Katanya, tindakan tersebut diambil agar kisah asmaranya tidak diganggu-gugat pihak-pihak yang tidak berkenaan.

“Saya belajar daripada kesilapan lampau dengan memberikan tumpuan kepada teman baharu, bukan berkongsi kisah cinta kami kepada umum.

“Insya-Allah kalau dia untuk saya, saya akan beritahu satu dunia apabila tiba masanya hubungan kami halal.

“Buat masa sekarang saya mahu mengenalinya betul-betul dan bukan apa yang diberitahu orang mengenainya,” katanya dalam sesi temu bual bersama media.

Pemilik nama lengkap Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd. Mazfira itu juga memaklumkan, tidak akan mengulangi kesilapan sama dalam perhubungan apabila bercerita tentang cinta secara terbuka.

“Apabila terlalu berkongsi dalam media sosial mengenai hal peribadi, orang akan menggunakan awak.

“Untuk masa lalu, saya terlalu terbuka dalam perhubungan sehingga banyak sangat tekanan dari luar.

“Kegembiraan itu tidak dapat antara saya dan pasangan sampaikan tidak pasti sama ada dia orang yang betul,” jelas pelakon berusia 25 tahun itu.

Sebelum ini, pelakon Ezzrin Loy mengakui rapat dengannya disebabkan sudah lama mengenali Rose sejak zaman belajar.

Bagaimanapun, Ezzrin enggan mendedahkan sejauh mana hubungan mereka bagi menghormati perasaan bintang Kekasih Hati Mr. Bodyguard itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI