fbpx

Ribut petir hampir di semua negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga pukul 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dijangka melibatkan Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor.

“Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka juga dijangka mengalami cuaca buruk di beberapa kawasan.

“Di Sabah pula melibatkan Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Wilayah Persekutuan Labuan,” kata MetMalaysia.

Menurut laporan itu, antara kawasan yang terlibat di Sarawak adalah Sibu, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas laporan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI