fbpx

Ramai setuju aksi NPC di Tik Tok macam pengemis moden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video NPC di TikTok yang semakin menjadi ikutan.

PETALING JAYA – Rata-rata netizen bersetuju aksi meniru non-playable character (NPC) atau watak bukan pemain menerusi siaran langsung di Tik Tok sebagai pengemis moden.

NPC merujuk kepada mereka akan muncul di hadapan kamera dan membuat pergerakan yang unik bergantung pada hadiah yang diberikan penonton.

Setiap hadiah yang diberikan mempunyai nilai yang boleh ditukar dalam bentuk wang dan difahamkan ada yang menerima ribuan ringgit dengan hanya satu siaran langsung.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian Public Health Malaysia di Facebook, ramai berpendapat mereka yang terlibat dengan NPC keterlaluan dan seolah-olah terdesak untuk mencari wang.

Daripada 11,719 pengguna media sosial yang menyertai tinjauan itu, hanya 460 daripadanya tidak menyokong pendapat ini.

“Bukan setakat pengemis moden, tetapi sudah macam tidak betul. Tidak ada faedah dan manfaat,” ulas Rara.

“Menjadi masalah apabila ramai yang sanggup beri hadiah hanya untuk melihat gelagat mereka,” tulis Hafiz Rahim.

Ada pula yang berpendapat bahawa ini adalah satu trend semasa dan tidak akan membawa sebarang kesan buruk.

“Tak setuju. Mereka masih dikira penghibur untuk golongan yang mudah terhibur dengan trend ini.

“Tidak seperti pengemis jalanan yang lain. Mereka mungkin digelar pengemis sebab nampak seperti melakukan kerja mudah. Kalau senang cubalah buat siaran langsung NPC sendiri,” jelas Sawal Shaari.

“Kalau trend tersebut tidak memberi sebarang kesan kepada kita, tidak apa-apa,” tambah @retardednasyen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI