fbpx

Penyerang City didakwa ‘hilang gigi’ di Etihad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALVAREZ (kanan) kelihatan seperti kehilangan gigi bahagian taring ketika meraikan gol kedua City ketika menewaskan Bournemouth 6-1 pada EPL di Stadium Etihad kelmarin. - AGENSI

MANCHESTER – Penyerang sensasi The Citizens, Julian Alvarez menjelaskan bahawa dia tidak kehilangan gigi semasa meraikan kemenangan 6-1 Manchester City ke atas Bournemouth di Stadium Etihad kelmarin.

Ketika meraikan jaringan kedua City, bintang tengah, Bernardo Silva telah menunjukkan kepada Alvarez seperti rakan sepasukannya itu kelihatan seperti tertanggal gigi taring.

Alvarez lalu menggunakan tangan memegang mulutnya dan kelihatan agak terkejut, seolah-olah dia baru sahaja kehilangan gigi taring.

Bagaimanapun, dalam kemas kini Alvarez di laman media sosial Instagram miliknya menjelaskan bahawa giginya masih dalam keadaan baik dan ia hanya darah menyebabkan giginya seperti hilang.

Dari segi serangan, City masih memiliki gigi ketika menyerang The Cheries sehingga meledak enam gol pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) kelmarin.

Jika benar gigi Alvarez hilang, mungkin ia terjatuh di atas rumput padang di Stadium Etihad dan pasti gagal ditemui. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI