fbpx

Pan-gon mahu aksi kekal di Rumah Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAN-GON mahu perlawanan Harimau Malaya dan Kyrgyzstan berlangsung Stadium Nasional Bukit Jalil memandangkan padang bertambah baik berbanding ketika Pestabola Merdeka bulan lepas.

TEMPOH dua minggu sebelum aksi pembuka tirai Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada 16 November ini sudah memadai untuk padang di Stadium Nasional Bukit Jalil berada dalam keadaan terbaik untuk perlawanan melibatkan Harimau Malaya.

Pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon juga menaruh harapan untuk mengharungi perlawanan dengan Kyrgyzstan di venue berkenaan kerana dirasakan mampu memudahkan kehadiran penyokong dan tidak memerlukan pasukan melakukan perjalanan ke luar Lembah Klang.

“Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan Rumah Harimau Malaya. Para penyokong dan pemain sendiri sudah cukup biasa dengan suasana di stadium ini. Ia kubu kuat pasukan Harimau Malaya.

“Selain memudahkan urusan kehadiran penyokong memandangkan Stadium Nasional Bukit Jalil terletak di Lembah Klang, sekali gus lebih ramai yang boleh hadir.

“Situasi itu juga membantu mengurangkan tempoh perjalanan pasukan Harimau Malaya sendiri berbanding sekiranya perlawanan perlu dilangsungkan di luar Lembah Klang.

“Berdasarkan tinjauan terkini bersama pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), kami mendapati bahawa keadaan padang adalah bertambah baik berbanding ketika Pestabola Merdeka bulan lepas.

“Dari segi teknikal, keadaan padang di Stadium Nasional pasti akan lebih baik menjelang tempoh dua minggu akan datang. Walaupun bukanlah 100 peratus, cukup untuk kita bermain di atas permukaan yang lebih baik berbanding sebelum ini,” katanya.

Pada aksi pertama Pestabola Merdeka bertemu India, 13 Oktober lalu, kualiti padang baharu Stadium Nasional Bukit Jalil terus mendapat kritikan apabila rumput mula ‘koyak’ kerana belum lagi matang sepenuhnya.

Selepas perlawanan dengan Kyrgyzstan, Harimau Malaya bakal melengkapkan perlawanan rasmi tahun ini dengan berkunjung ke tempat lawan bagi menghadapi Taiwan, 21 November ini.

“Lagipun untuk aksi bertemu Kyrgyzstan ini hanyalah satu perlawanan sebelum kami terbang ke Taiwan untuk perlawanan kedua. Jadi harapan saya, perlawanan 16 November ini akan kekal berlangsung di Bukit Jalil,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI