fbpx

“Otak saya dah selesai”, Shila Amzah akhirnya jual banglo pusaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shila Amzah mendedahkan akhirnya rumah banglo pusaka miliknya sudah dijual.

PETALING JAYA – Penyanyi Shila Amzah akhirnya mampu menarik nafas lega apabila banglo miliknya yang terletak di Hulu Langat sudah dikosongkan ahli keluarganya yang menetap di situ sebelum ini.

Justeru, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 33, menganggap kemelut keluarganya yang membuatkan satu Malaysia ‘bergoncang’ sudahpun selesai.

“Bab keluarga ini tak payah tanya saya. Yang melaluinya sahaja tahu.

“Saya anggap (konflik ini) sudah selesai. Daripada segi keluarga, otak saya sudah selesai.

“Sebab kita pun kadang-kadang orang sedarah tak anggap kita sama. dah ini rezeki kita, kena belajar ambil konsep reda,” katanya menerusi siaran langsung (live) TikTok.

Pelantun lagu Patah Seribu itu turut menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu melayani kerenah adik kandungnya, Amir Syafiq Amzah kerana hanya hanya akan mengeruhkan keadaan pada kemudian hari.

“Kalian tak payah beri perhatian pada dia lagi. Kalau dia nak meratap ke, meratip ke, biarkan sahaja.

“Dia sejenis orang yang tak mengaku salah. Tak tahu diri sendiri memang suka meratip. Jadi, jangan bagi dia perhatian, kalau tidak dia akan makin meratip.

“Makin dilayan makin naik lemak dia nanti. Biarlah dia cari duit (sendiri) betul-betul,” katanya lagi.

Sebelum ini, isu kemelut keluarga Shila Amzah menjadi sorotan satu Malaysia selepas adik bongsunya, Syada Amzah mendakwa bakal dihalau keluar kerana rumah banglo milik kakaknya itu bakal dijual selain sedang mencari rumah sewa.

Shila bagaimanapun menafikan ingin dakwaan menghalau namun ingin memberi kediaman baharu yang lebih selesa buat ibunya, Fauziah Sarman.

Keadaan semakin memburuk apabila Syafiq mendedahkan segala macam perkara termasuk mendakwa Shila seorang yang gilakan harta sedangkan pemilikan rumah tersebut adalah atas nama kakaknya itu.

Timbul juga dakwaan Shila anak derhaka kerana membelakangkan ibu sendiri hanya kerana ingin menjual rumah pusaka.

Menurut Shila, rumah banglo itu meninggalkan banyak kenangan buruk yang tidak mahu diingati termasuk selepas bapa mereka, ND Lala berkahwin dengan seorang wanita muda dan tidak langsung mencampuri urusan kemelut tersebut. — KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI