fbpx

Michael Ang sedih tempat kerja staf OKU diboikot sebab Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENERBIT Micheal Ang berharap orang ramai tidak menghina pekerja yang berkhidmat dalam perusahaan berkaitan Israel.

PETALING JAYA – Terkesan dengan luahan seorang pekerja restoran makanan segera kelainan upaya (OKU), penerbit sensasi Michael Ang berharap orang ramai tidak menghina mereka yang bekerja dalam sektor perusahaan atau perkhidmatan yang mempunyai kaitan dengan Israel.

Katanya, masyarakat bebas membuat pilihan untuk memboikot mana-mana jenama dalam usaha menunjukkan solidariti terhadap Palestin, namun jangan merendah-rendahkan individu yang mencari rezeki di tempat tersebut.

“Hantaran ini bukan provokasi atau suruh anda semua jangan boikot, tetapi untuk anda semua fikir-fikirkan sebelum hina pekerja dekat semua tempat yang anda semua nak boikot,” tulisnya dalam perkongsian Instagram.

Menerusi hantaran sama, pengarah drama Suri Hati Mr. Pilot itu turut berkongsi semula video seorang kakitangan OKU sebuah restoran popular yang meluahkan situasinya akibat premis tempatnya bekerja diboikot.

Michael yang tidak mempertikaikan hak memilih mengakui terkilan dengan sikap segelintir individu apabila secara melampau menjadikan pekerja restoran terbabit sebagai sasaran kemarahan.

“Tak nak beli tak mengapa tapi jangan lemparkan kata-kata kesat dan macam orang tak beragama.

“Semua melawan menentang Zionis tapi janganlah kita yang jadi Zionis terhadap orang kita sendiri,” ulasnya lagi.

Pendapat pemilik syarikat produksi Cube Film Sdn. Bhd. itu menerima pelbagai reaksi pengikut yang rata-rata cuba membidas kenyataannya, namun dibalas Michael bagi mengelak salah faham.

“Posting ni tak cakap pun jangan boikot. Celah bedah mana aku persoalkan kamu semua nak boikot apa pun. Cuma minta orang jangan keluarkan kata-kata kesat,” ujarnya.

Dalam isu Palestin-Israel, lebih 9,000 orang awam Palestin terbunuh dalam pencerobohan Israel sejak perang tercetus 7 Oktober lalu, seramai 32,000 mangsa lain cedera dan 2,000 orang lagi masih hilang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI