fbpx

Masa makin suntuk buat Young Tigers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TONGGAK Malaysia, Andywalfian Jeffrynus (kiri) cuba menghantar bola melepasi kawalan para pemain Afrika Selatan pada aksi terakhir SOJC kelmarin. – RAJA JAAFAR ALI

SKUAD hoki remaja perlu segera melakukan penambahbaikan dalam tempoh masa yang ada sebelum turun selaku tuan rumah Piala Dunia Hoki Remaja 2023 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula 5 hingga 16 Disember ini.

Ia susulan prestasi Young ­Tigers yang meraih tempat ketujuh daripada lapan negara pada saingan Piala Sultan Johor (SOJC) yang melabuhkan tirainya di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru semalam.

Skuad projek khas meraih kedudukan itu selepas menewaskan Afrika Selatan 3-2 pada aksi terakhir kelmarin, hasil tiga golgan daripada Che Nur Aqilrullah Che Mohd. Khairulzi Anwar, Harris Iskandar Osman dan Mughni Mohamad Kamal.

Ketua jurulatihnya, Muha­mad Amin Rahim menegaskan, mereka masih perlu melakukan penambahbaikan sebelum ­saingan Piala Dunia Hoki Remaja 2023 bermula terutama dari segi memperkemaskan pukulan sudut penalti.

“Banyak kita raih pukulan sudut penalti tapi untuk me­lakukan penyudah masih belum berada di tahap memuaskan.

“Kita ada pakar dari luar negara iaitu Christopher Ciriello yang pernah datang membantu bagi mempertajamkan lagi pukulan sudut penalti.

“Kemenangan ke atas Afrika Selatan memberikan lebih keyakinan kepada pemain untuk menghadapi Piala Dunia Remaja.

“Namun, kita sudah tiada masa lagi kerana SOJC adalah fasa (persiapan) terakhir sebelum turun beraksi di pentas berprestij itu nanti,” katanya.

Di Piala Dunia Hoki Remaja bulan depan, skuad negara yang diletakkan sasaran suku akhir, akan bersaing dalam Kumpulan A dengan juara bertahan, Argentina, Australia dan Chile.

Pencapaian terbaik negara di pentas berprestij itu adalah meraih tempat keempat sebanyak tiga kali bermula edisi Versailles 1979 di Perancis; Kuala Lumpur 1982 dan New Delhi 2013 di India.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI