fbpx

KPM komited kurangkan jurang pendidikan di Sabah, Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) komited untuk mengurangkan jurang pendidikan khususnya di sekolah-sekolah yang terletak di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, segala usaha ke arah merealisasikan perkara itu sedang diusahakan oleh kerajaan.

“Pembangunan sekolah daif merupakan antara keutamaan kementerian. Dalam belanjawan kali ini, selain sekolah daif ia juga berkisar tentang pembinaan sekolah-sekolah baharu, tidak langsung meminggirkan Sabah dan Sarawak.

“Kita ingin wujudkan keseimbangan dari segi pendidikan misalnya kurikulum, sahsiah termasuk pembangunan dan infrastruktur sekolah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Malaysia Teacher Prize 2023 di Pusat Konvensyen Sime Darby, di sini hari ini.

Dalam majlis sama, pemenang Anugerah Malaysia Teacher Prize, Muhammad Nazmi Rosli, guru dari Sekolah Kebangsaan Long Sebangang, Sarawak berkata, dia bersyukur memenangi hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM50,000.

“Dengan hadiah wang ini, saya akan berusaha untuk membuka studio pembikinan filem yang dilengkapi dengan sistem rakaman dan peralatan yang diperlukan untuk kegunaan murid-murid.

“Studio ini terbuka untuk kegunaan umum di daerah perkhidmatan saya dan boleh digunakan untuk mengadakan sesi rakaman untuk apa jua tujuan. Ia juga akan dikendalikan oleh pelajar dari Pekan Lawas.

“Ia juga akan menghasilkan dan memasarkan filem pendek untuk membiayai aktiviti amal terpilih di samping menyokong pelajar dari segi kewangan,” katanya.

Empat lagi finalis yang lain, menerima hadiah wang tunai RM5,000 setiap seorang. – KOSMO! ONLINE

Pemenang Malaysia Teacher Prize 2023, Muhammad Nazmi, guru dari Sekolah Kebangsaan Long Sebangang, Sarawak bergambar bersama piala dan mock cek pada Majlis Anugerah Malaysia Teacher Prize 2023 di Pusat Konvensyen Sime Darby, hari ini. Foto FARIZ RUSADIO
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI