fbpx

Konflik Palestin-Israel: Netanyahu ikrar teruskan perang hapuskan Hamas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH howitzer (artileri bergerak) Israel dilihat berhampiran sempadan Semenanjung Gaza di selatan Israel kelmarin. – AFP

TEL AVIV – Israel menolak gesaan penangguhan pertempuran oleh Amerika Syarikat (AS) dan meningkatkan kepungan ke atas Bandar Gaza kelmarin yang menyaksikan Rejim Zio­nis membedil konvoi ambulans dan sekolah.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menepis tekanan Antony Blinken supaya mewujudkan ‘penangguhan kemanusiaan’ semasa kunjungan Setiausaha Luar AS berkenaan ke Tel Aviv ketika perang hampir sebulan di Gaza berterusan se­ngit.

Bercakap di Tel Aviv, Blinken cuba menyakinkan Israel untuk mengadakan ‘jeda kemanusiaan’ bagi memastikan pembebasan kira-kira 240 tebusan yang ditawan Hamas dan membolehkan bantuan diagihkan kepada penduduk Gaza.

Netanyahu bagaimanapun memberi amaran bahawa tiada ‘gencatan senjata sementara’ seperti yang diminta di Semenanjung Gaza sehingga Hamas membebaskan semua tebusan yang ditahan.

Perkembangan itu berlaku ketika tentera darat Israel meningkatkan kepungan ke atas Bandar Gaza dalam usaha menghapuskan Hamas selepas kumpulan Palestin itu melancarkan serangan pada 7 Oktober lalu yang menyaksikan 1,400 orang terbunuh di Israel, kebanyakan mereka orang awam.

Di zon perang, kereta kebal Rejim Zionis membedil Sekolah Lelaki Zaid di utara Bandar Gaza dan membunuh 20 orang.

Pasukan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa yang cedera dan mengeluarkan mayat dari bawah runtuhan bangunan.

Tentera Israel melabel Bandar Gaza sebagai pusat organisasi ‘keganasan’ Hamas.

Jurucakap tentera Israel, Richard Hecht berkata, askar Zio­nis bertempur dengan pejuang Hamas yang bersenjatakan roket antikereta kebal, bahan letupan dan lebih banyak lagi.

Katanya, Israel menyasarkan pejuang Hamas, tempat simpanan senjata, kompleks te­rowong, pos pelancaran dron dan pusat perintah.

Bagaimanapun, serangan Israel mengenai kawasan padat dengan penduduk yang me­nyaksikan ramai orang awam terbunuh.

Pihak berkuasa Hamas me­nyatakan, lebih 10,000 penduduk Gaza dengan kebanyakan mereka wanita dan orang awam telah dibunuh.

Israel pula menyerang lebih 12,000 sasaran di Semenanjung Gaza sejak ‘Operasi Pedang Besi’ bermula pada 7 Oktober lalu yang menyaksikan kempen pengeboman antara paling dahsyat dalam sejarah moden manusia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI