fbpx

Konflik Palestin-Israel: Erdogan putuskan hubungan dengan Netanyahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Erdogan memakai selendang bendera Palestin dan Turkiye ketika menghadiri perhimpunan solidariti dengan rakyat Palestin di Istanbul pada 28 Oktober lalu. - AFP

ANKARA – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menyatakan bahawa beliau telah memutuskan hubungan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu susulan serangan Rejim Zionis ke atas Semenanjung Gaza, lapor akhbar Arab News semalam.

“Netanyahu bukan lagi seseorang yang boleh diajak berbincang. Kami telah memutuskan hubungan dengannya,” lapor media Turkiye ketika memetik kata-kata Erdogan.

Kenyataan itu dibuat seminggu selepas Israel memaklumkan bahawa ia akan menilai semula hubungannya dengan Ankara kerana retorik Turkiye yang semakin hangat mengenai perang Israel-Hamas.

Israel sebelum ini telah memanggil balik semua diplomatnya dari Turkiye dan negara-negara serantau lain sebagai langkah keselamatan.

Erdogan bagaimanapun berkata bahawa Turkiye tidak memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel.

“Memutuskan hubungan sepenuhnya adalah tidak mungkin, terutamanya dalam diplomasi antarabangsa,” kata Erdogan.

Tambahnya lagi, ketua agensi perisikan Pertubuhan Perisikan Negara (MIT), Ibrahim Kalin sedang menerajui usaha Turkiye untuk dalam mendesak penamatan perang.

“Ibrahim Kalin sedang berbincang dengan pihak Israel. Sudah tentu dia juga sedang berunding dengan Palestin dan Hamas,” katanya.

Namun menurut Erdogan, Netanyahu memikul tanggungjawab utama untuk keganasan yang telah menyebabkan dia kehilangan sokongan rakyatnya sendiri.

“Apa yang dia perlu lakukan adalah berundur dan menghentikan semua ini,” kata Erdogan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI