fbpx

Konflik Palestin-Israel: Korban di Gaza cecah 9,500 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Palestin memegang mayat seorang kanak-kanak yang dibalut kain kafan di luar hospital Shujaiya, pinggir Gaza. - AFP

BANDAR GAZA – Angka kematian akibat pengeboman askar Israel di Semenanjung Gaza mencecah 9,500 orang dengan lebih separuh daripadanya ialah wanita dan kanak-kanak, demikian menurut pengumuman pejabat media pentadbiran wilayah itu seperti dilaporkan agensi berita Anadolu semalam.

“Jumlah kematian akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober adalah 9,500 termasuk 3,900 kanak-kanak dan 2,509 wanita. 

“Serangan Israel membawa kepada kemusnahan 55 masjid, tiga universiti, tiga gereja dan lima bangunan milik Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama di Gaza,” kata ketua pejabat media, Salama Marouf dalam satu sidang akhbar.

Mengenai kemusnahan dalam sektor penjagaan kesihatan, Salama berkata, sebanyak 16 hospital, 32 pusat penjagaan primer dan 27 ambulans telah rosak sebagai pertambahan kepada 105 institusi perubatan.

“Serangan Israel turut menyebabkan kemusnahan 8,500 buah rumah dan 40,000 unit perumahan serta kerosakan 220,000 unit bangunan.

“Sebagai pertambahan kepada 88 ibu pejabat kerajaan dan 220 sekolah yang rosak, 60 daripadanya terpaksa menamatkan perkhidmatan.

“Penceroboh Israel telah meningkatkan jenayahnya dalam tempoh 24 jam yang lalu, seiring dengan lawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken ke rantau ini,” tambahnya.

Salama turut memberi amaran mengenai tindakan sengaja penceroboh Israel yang menyasarkan lebih banyak hospital serta dan menyeru campur tangan segera untuk membekalkan bahan api ke hospital bagi menyelamatkan nyawa penduduk. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI