fbpx

Kambing biri-biri diselamat selepas 2 tahun terkandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bulu Fiona tumbuh begitu panjang sehingga berleret di atas tanah. - Northpix

EDINBURGH, Scotland – Seekor kambing biri-biri yang hidup bersendirian akhirnya diselamatkan dan dibawa ke sebuah ladang di Scotland selepas terkandas di atas batu selama dua tahun, lapor akhbar The Sun.

Pemeriksa kebajikan pada awalnya mendapati kambing biri-biri itu terkandas di kawasan pantai, timur laut Scotland dua tahun lalu selepas ia tidak dapat diselamatkan menggunakan perahu atau bot. Ia berikutan keadaan berbatu yang berbahaya berhampiran Balintore.

Pelbagai gesaan disuarakan orang ramai untuk menyelamatkan haiwan itu dengan satu petisyen di laman web Change.org berjaya mengumpul lebih 55,000 tandatangan.

Sepasukan sukarelawan kemudian bekerjasama menyelamatkan kambing biri-biri betina itu dengan saiznya yang besar sehingga ia sukar untuk berdiri.

Sukarelawan yang menggelar diri mereka sebagai The Sheep Game itu berkata: “Kambing biri-biri paling sunyi di Britain tidak lagi sunyi. Kami telah menamakannya Fiona dan ia kini selamat dan sihat serta sedang menuju ke ladang di Scotland.”

Mereka menggunakan beberapa peralatan berat untuk mengangkut Fiona, manakala Pasukan Scotland untuk Pencegahan Kekejaman terhadap Haiwan (SPCA) membantu memeriksa haiwan itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI