fbpx

Jadi rutin, Watie pakaikan Shuib stoking setiap pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISTERI kepada pelawak Shuib, Watie meneruskan amalan Allahyarham Siti Sarah dalam menguruskan keluarga.

PETALING JAYA – Semakin terbuka berkongsi kehidupan berumah tangga dengan pelawak Shuib, usahawan Watie Hanifiah meneruskan rutin dilakukan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin dalam menguruskan keluarga.

Katanya, antara perkara yang mampu menggembirakan insan tersayang kini dijadikan amalannya termasuk memakaikan suami tercinta stokin seperti diamalkan isterinya sebelum ini.

“Contoh, pakaikan stoking suami setiap kali dia nak pergi kerja walaupun pukul 5.30 pagi,” kongsinya dalam sesi soal bersama pengikut laman sosialnya.

Pendedahan tersebut dibuat selepas ada dalam kalangan peminat bertanya sama ada Watie pernah merasakan kekurangan sebagai isteri jika dibandingkan dengan Siti Sarah.

Kebelakangan ini, Watie yang bergelar isteri kepada Shuib pada 23 Jun lalu itu kerap membuka ruang kepada orang ramai bertanyakan sebarang perkara berkenaan kehidupannya.

Malah pemilik nama lengkap Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, itu juga pernah mendedahkan suaminya kerap mencium dan mendakap baju terakhir dipakai Allahyarham kerana rindu.

Selain pakaian terakhir arwah, Shuib juga dikatakan selalu terjaga daripada tidur dan menangis kerana bermimpikan penyanyi itu.

Menerusi perkahwinan Shuib dan Siti Sarah, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan, 2.

Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada 9 Ogos 2021. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI