fbpx

Intan Najuwa makin lawa macam anak dara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INTAN NAJUWA

CANTIKNYA! Itu pujian yang membanjiri ruang media sosial milik Datin Intan Najuwa baru-baru ini.

Bukan kali pertama orang memuji tetapi perkara tersebut semakin kerap diberikan padanya baru-baru ini terutama selepas memuat naik sebuah video ketika menjalani penggambaran untuk sebuah drama baharu.

Netizen kagum melihat Intan masih aktif bekerja sedangkan sudah berkahwin dengan lelaki yang mampu menampung kehidupannya.

Intan juga dipuji semakin cantik sejak bergelar isteri. Macam-macamlah netizen, ada sahaja pujian diberikan.

Kata netizen, suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman beruntung kerana memiliki Intan sebagai isteri.

“Tak macam isteri orang, seperti anak dara. Kekal cantik dan ada kelas tersendiri.

“Macam mana nak cantik dan kekal kurus seperti Intan? Rindu nak tengok dia berlakon,” komen netizen.

Bagi Diva, Intan layak diberikan pujian selepas bergelar isteri melihat kerajinannya melayan suami dengan memasak pelbagai menu walaupun pada waktu tengah malam. Harap jadi contoh buat para isteri lain di luar sana juga ya.

DIVA: Ramai gesa Ira Kazar muncul dengan resipi baharu. Kenapa menyepi?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI