fbpx

Gempa bumi Nepal: Angka kematian cecah 157 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk berjalan di atas runtuhan rumah selepas gempa bumi di daerah Jajarkot kelmarin. - AFP

KATHMANDU, Nepal – Angka kematian akibat gempa bumi di Nepal mencecah 157 orang ketika petugas penyelamat menggali runtuhan dengan tangan kosong untuk mencari mangsa yang terselamat, lapor laman berita Wion News.

Satu gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter melanda wilayah Jakarkot pada malam Jumaat lalu, kata Pusat Seismologi Kebangsaan Nepal.

Bagaimanapun, Pusat Penyelidikan Geosains Jerman merekodkan kekuatan gempa pada 5.7 dan Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) mengukurnya pada 5.6 skala Richter.

Walaupun kekuatan gempa dianggap tidak teruk, kerosakan dan angka kematian tinggi disebabkan kualiti pembinaan bangunan yang kurang baik dan berlaku ketika orang ramai sedang tidur, kata pegawai.

Operasi menyelamat dijangka perlahan kerana pasukan kecemasan perlu terlebih dahulu membersihkan jalan raya yang terhalang oleh tanah runtuh di beberapa kawasan.

Pegawai daerah Jajarkot, Harish Chandra Sharma berkata, bilangan mangsa yang cedera dijangka mencecah ratusan orang, manakala angka kematian turut diramal meningkat.

Beribu-ribu penduduk terpaksa bermalam di kawasan lapang yang sejuk kerana terlalu takut untuk memasuki rumah mereka yang retak.

Menurut Pusat Seismologi Kebangsaan, 175 gegaran susulan direkodkan di Jajarkot dengan enam daripadanya berukuran 4 pada skala Richter atau lebih tinggi.

Gegaran turut dirasai di bahagian utara negara jiran, India sehingga menggegarkan bangunan dan memaksa orang ramai berlari ke jalan raya pada lewat malam kelmarin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI