fbpx

Fellaini buat keputusan gantung but

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FELLAINI (tengah) akan bersara secara rasmi sebaik musimnya bersama Shandong berakhir pada penghujung tahun ini. – AFP

BEIJING – Bekas pemain antarabangsa Belgium, Marouane Fellaini akhirnya mengesahkan bakal menggantung but selepas berakhirnya saingan Liga Super China musim ini.

Fellaini yang kini mewakili Shandong Taishan, telah bermain perlawanan terakhir liga menentang Henan FC semalam dengan pasukannya telah pun berjaya mengesahkan slot ke kancah Liga Juara-Juara Asia (ACL) selaku naib juara.

Pengendali Shandong, Choi Kang-hee mendedahkan hasrat Fellaini untuk bersara selepas hampir empat tahun melebarkan sayap ke kancah bola sepak Asia sejak berhijrah daripada Manchester United pada 2019.

“Saya agak kecewa apabila Fellaini memaklumkan keputusan untuk bersara kerana dia adalah salah seorang tonggak utama pasukan sejak beberapa musim lepas. Namun, kami tetap menghormati keputusan tersebut.

“Fellaini sudah berusia 36 tahun dan tindakan tersebut adalah wajar kerana selepas sahaja mengharungi perlawanan kompetitif, dia perlu menjalani pemulihan hampir dua hari dan tidak seperti pemain-pemain muda yang lain.

“Apa yang pasti, saya harap dia sentiasa gembira dan bangga sepanjang mewakili pasukan ini kerana kehadirannya menaikkan semangat penyokong yang hadir. Semoga dia dapat mengharungi fasa hidup seterusnya sebaik mungkin,” katanya.

Fellaini sebelum ini pernah mencipta nama dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan mewakili Everton pada musim 2008 hingga 2013 sebelum menyertai United selama enam tahun sehingga 2019. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI