fbpx

Empat anggota polis dicekup edar air ketum, tembakau di lokap mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki Harun (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada pegawai polis pada Perhimpunan Bulanan Peringkat IPK Kelantan di IPK Kelantan Kota Bharu hari ini. FOTO ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Polis Kelantan masih menjalankan siasatan dalaman terhadap empat anggotanya yang disyaki terlibat pengedaran air ketum dan daun tembakau di lokap Kompleks Mahkamah Kota Bharu, Tunjong di sini, minggu lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, keempat-empat anggota terbabit yang berpangkat koperal dan lans koperal berusia dalam lingkungan 25 hingga 33 tahun dicekup pada 29 Oktober lalu.

“Keempat-empat anggota polis itu masih lagi bertugas sebelum tindakan susulan seterusnya diambil.

“Mereka merupakan anggota unit pengiring Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu ditahan kira-kira pukul 8.30 pagi di Kompleks Mahkamah Kota Bharu oleh sepasukan anggota Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di IPK Kelantan sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki memberitahu, perintah reman terhadap keempat-empat juga sudah selesai selama tiga hari bermula 30 Oktober hingga Rabu lalu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI