PETALING JAYA – Keadaan cuaca yang baik dan cerah diramal di seluruh negeri Semenanjung pada pagi ini ekoran tiada laporan hujan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat pukul 9 pagi.
Bagaimanapun, menerusi laporan cuaca MetMalaysia di Facebook, ribut petir dan hujan lebat hanya tertumpu di beberapa daerah sekitar negeri Sabah dan Sarawak.
“Antaranya di Sabah, melibatkan kawasan Pedalaman, Tawau, Sandakan dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.
Selain itu, di Sarawak, Limbang turut diramal dengan cuaca buruk itu.
“MetMalaysia menjangkakan keadaan cuaca buruk itu bakal berlanjutan sehingga pukul 12 tengah hari nanti,” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE