fbpx

Budak 12 tahun antara tiga mangsa eksploitasi seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KENINGAU – Penahanan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan kelmarin berjaya menyelamatkan tiga wanita termasuk kanak-kanak berusia 12 tahun disyaki mangsa pemerdagangan manusia serta eksploitasi seks.

Serbuan sempena Op Pintas itu dilaksanakan Jabatan Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau sekitar pukul 8.11 malam pada 2 Oktober sehingga 12.30 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai berkata, serbuan pertama membabitkan sebuah inap desa di berkenaan dan berjaya menyelamatkan seorang wanita berusia 30 dan kanak-kanak berumur 12 tahun.

“Dalam serbuan sama, polis turut menahan dua lelaki berusia 44 dan 15 tahun dipercayai berperanan sebagai ‘runner’ dan ‘transporter’. Serbuan kedua dilakukan di sebuah hotel di Jalan Lintas Plaza, Kota Kinabalu.

“Pasukan serbuan berjaya menyelamatkan seorang remaja berusia 19 tahun selain menahan seorang suspek lelaki berumur 23 tahun,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Yampil berkata, modus operandi semua suspek adalah menjadikan satu-satu kawasan sebagai transit bagi mengelakkan kegiatan jenayah mereka dikesan pihak berkuasa.

Beliau memaklumkan semua suspek direman selama lima hingga tujuh hari mengikut Seksyen 12/14 Akta Anti Pemerdagangan Manusia (ATIPSOM) 2007.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI