fbpx

Bidang seni, lukisan pamer kepelbagaian bangsa – Lat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lat ketika ditemui di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar hari ini. - Foto FADZIL ZAINOL

KUALA KANGSAR – Kartunis tersohor, Datuk Mohammad Nor Mohammad Khalid atau Lat melahirkan rasa hormatnya terhadap semua bidang seni dan menganggap apa jua disiplin seni amat penting kepada negara.

Meskipun popular dengan melukis kartun dan komik, dirinya menganggap lukisan seperti ilustrasi, potret, pemandangan atau pelbagai teknik lukisan adalah satu bidang seni yang beliau disegani.

Beliau melihat seni bukan setakat lukisan, bahkan bidang muzik, lakonan juga adalah cabang yang penting.

“Saya selalu pandang yang kita ini sama sahaja sama ada kita sebagai pelukis komik, pelukis ilustrasi untuk buku, melukis potret dan pemandangan atau menggunakan cat minyak atau cat warna.

“Kita dalam bidang ini, kita semua sama sahaja sama ada penggubah lagu atau penyanyi atau termasuk ahli sukan, untuk mencari rezeki dan serta negara,” katanya kepada pemberita selepas Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan Sempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Perak yang Ke-67 di sini hari ini.

Lat menerima Anugerah Seniman Diraja daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI