fbpx

APMM bantu pelancong Amerika Syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APMM memberi khidmat bantuan kepada seorang pelancong Amerika Syarikat yang mengalami kekejangan dan epilepsi di Jeti Maritim Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Maritim Malaysia (APMM) telah mengkoordinasikan khidmat bantuan terhadap seorang pelancong asing yang tiba-tiba mengalami kekejangan dan epilepsi di dalam sebuah kapal persiaran mewah di perairan Terengganu dekat sini awal pagi ini.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Mohd. Khairulanuar Abd. Majid berkata, Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim Malaysia (MRSC) Kuantan menerima permohonan bantuan tersebut pada kira-kira pukul 12 tengah malam.

Beliau berkata, sewaktu kejadian, kapal persiaran mewah, Celebrity Solstice terbabit sedang berada pada kedudukan kira-kira tiga batu nautika dari perairan Kuala Terengganu dekat sini.

“Kami dimaklumkan seorang individu yang menaiki kapal persiaran berkenaan dikenali sebagai Betty Lai Foong, 73, dari Amerika Syarikat telah mengalami kekejangan dan epilepsi.

“Mereka memohon agar pesakit berkenaan dihantar ke pusat perubatan terdekat untuk menerima rawatan,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Khairulanuar berkata, bot Perkasa 1234 milik APMM telah digerakkan untuk memberi khidmat bantuan terhadap Lai Foong.

Tambah beliau, pesakit itu tiba di Jeti Maritim Terengganu di sini sebelum diberi rawatan awal oleh pegawai perubatan bertugas.

“Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk rawatan lanjut dengan ambulans pada pukul 1 pagi tadi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI