fbpx

Aina Abdul malu dengan permintaan ‘nombor 1’ peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aina Abdul malu dengan permintaan tak masuk akal peminat yang menginginkan dirinya merampas kedudukan penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza.

PETALING JAYA — Penyanyi Aina Abdul mengakui malu dengan permintaan peminat yang mahukan dirinya mengambil alih takhta penyanyi nombor satu negara kerana sedar perjalanannya masih jauh.

Jelas pemilik nama penuh Nurul Aina Abdul Ghani itu, dia hadir ke industri seni untuk berkarya, sekali gus tidak terlintas mahu bersaing dengan mana-mana penyanyi, apatah lagi penghibur sehebat Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Bila saya baca kenyataan tersebut, saya sendiri jadi malu. Jadi saya faham kenapa orang marah. Sebagai tuan badan, saya pun tidak bersetuju dibandingkan dengan figura hebat sepertinya.

“Perbandingan ini tidak sepatutnya berlaku, mereka perlu sedar penghibur yang mereka bandingkan itu adalah idola saya. Saya harap kejadian sebegini segera berakhir,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Bagi pelantun lagu Terus Hidup itu, Siti selayaknya berada di kedudukan itu hasil kerja keras serta jasa terhadap industri seni dan negara yang tiada tolok bandingan.

Malah, pemenang Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) itu menyedari hakikat bahawa dirinya masih belum mampu menandingi Siti yang sudah memiliki ratusan anugerah di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

“Saya ada baca komen netizen yang inginkan saya berada di kedudukan nombor satu, namun saya tak pernah terlintas nak letakkan diri dalam mana-mana nombor atau posisi.

“Siti adalah salah seorang idola saya. Jadi, saya berterima kasih kepada Siti dan penyanyi lain yang sentiasa menyuntik inspirasi saya.

“Anak seni baharu seperti saya perjalanannya masih terlalu jauh, banyak lagi yang saya perlu pelajari,” katanya panjang lebar.

Baru-baru ini, heboh dakwaan peminat bahawa Aina sudah layak bergelar bergelar penyanyi nombor satu negara dan Siti tidak lagi relevan untuk masa kini.

Kenyataan itu menyebabkan ramai tidak berpuas hati sehingga membandingkan pencapaian Siti dan Aina.

Ramai mengatakan kedudukan Aina masih jauh jika dibandingkan dengan Siti, sekali gus belum layak untuk bergelar penyanyi nombor satu. — KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI