fbpx

Zii Jia masih perlukan masa sertai RTG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA masih memerlukan sedikit masa untuk meneliti butiran perjanjian sebelum menurunkan tandatangannya menyertai program RTG.

PETALING JAYA – Jaguh perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia masih memerlukan sedikit masa sebelum memuktamad keputusan untuk menyertai program Road to Gold (RTG) dengan misi meraih pingat emas pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Penyelaras RTG, Datuk Stuart Ramalingam menjelaskan perkara itu selepas mengadakan pertemuan dengan Team Lee Zii Jia (Team LZJ) yang dihadiri pemain di ranking No.11 dunia tersebut bersama jurulatihnya, Wong Tat Meng.

Menurutnya, pemain berusia 25 tahun dari Alor Setar, Kedah itu perlu segera membuat keputusan sebelum 14 November ini seperti yang telah ditetapkan Menteria Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang juga pengerusi bersama program elit berkenaan.

“Pertemuan bersama Zii Jia dan Team LZJ berlangsung semalam (kelmarin) untuk kami membincangkan perkara ini.

“Kedua-dua pihak bersetuju untuk Zii Jia mengambil sedikit masa lagi bagi meneliti kontrak berkenaan dan mempertimbangkan program serta perkhidmatan sokongan ditawarkan kepada dirinya dalam RTG.

“Dia akan memberikan maklum balas kepada sekretariat RTG dalam masa terdekat,” kata Stuart.

Buat masa ini, hanya juara All England 2021 itu masih belum menurunkan tandatangannya terhadap perjanjian untuk menyertai program RTG berbanding 14 lagi atlet negara yang telahpun berbuat sedemikian.

14 atlet berkenaan ialah dua jaguh berbasikal, Datuk Azizulhasni Awang dan Mohd. Shah Firdaus Sahrom; dua gandingan terjun sensasi, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri serta badang angkat berat, Mohd. Aniq Kasdan.

Bakinya ialah sembilan pemain badminton iaitu perseorangan lelaki, Ng Tze Yong; beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Onh Yew Sin-Teo Ee Yi; beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah serta beregu campuran; Chen Tang Jie-Toh Ee Wei. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI