PETALING JAYA – Seluruh rakyat Malaysia berseloroh seakan didodoi seperti bayi kecil dengan rakaman video klip seorang mak cik berzikir yang dimuat naik di aplikasi TikTok.
Menerusi rakaman video klip yang menerima tontonan sembilan bilion itu, kebanyakan pengguna laman sosial membuat video parodi menggunakan audio mak cik itu berzikir.
Rata-rata video parodi tersebut menunjukkan diri mereka ‘terlena’ secara tiba-tiba apabila didodoikan dengan suara merdu mak cik itu seakan dipaksa untuk tidur.
Tidak hanya terhenti di aplikasi itu, video itu turut tersebar ke media sosial yang lain sehingga ada yang berseloroh dirinya asyik didodoikan mak cik ini apabila membuka aplikasi itu.
Menjengah ke ruangan komen video itu pula, rata-rata pengguna berjenaka seperti diri mereka diri mereka mengantuk kembali walaupun baru selepas bangun tidur.
“Dah pagi janganlah dodoi saya mak cik. Banyak kerja ni,” seloroh seorang pengguna.
“Baru buka Tiktok dah kena dodoi,” komen seorang pengguna laman sosial.
Seorang lagi pengguna memuji makcik tersebut atas memberi kesempatan untuk pengguna mendengar zikir.
“Mengalir pahala mak cik sebab banyak orang dengar sampai habis,” katanya.
“Lamanya video ini mak cik, sampai lapan minit. Bagusnya mak cik,” kata Iman Rashid. – KOSMO! ONLINE
@chemass_kaklong♬ bunyi asal – KAKLONG🌼🌸